Skip to content
UTUSAN SARAWAK

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • GLOBAL
  • BISNES
  • SUKAN
  • SADA IBAN
  • STAIL
  • WACANA PENGARANG
  • WBS
  • Home
  • 39 kampung terima sumbangan
  • TEMPATAN

39 kampung terima sumbangan

Utusan Sarawak May 7, 2020 1 min read
TERIMA KASIH… Kaunselor Sulaiman Ahmad merakam penyerahan sumbangan Ramadan
kepada KK Ali Yaman bersama penduduk kampung di sini semalam.

ADUM LIU

BEKENU: Sebanyak 39 kampung muslim DUN Bekenu terima sumbangan Ramadan daripada Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Hajah Rosey Yunus.

Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Kaunselor Sulaiman Ahmad berkata, kawasan DUN Bekenu adalah merangkumi Batu Niah dan Sepupok Niah mempunyai 39 kampung setakat ini.

Katanya, turut menerima sumbangan Ramadan adalah ahli jawatankuasa masjid dan surau kampung di kawasan Bekenu, Batu Niah dan Sepupok Niah.

Sumbangan Ramadan itu adalah seperti bungkusan kurma dan minum sirap untuk berbuka puasa di rumah masing-masing.

Pada tahun ini, ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tarikh bulan ramadan jatuh pada PKP maka tiada majlis berbuka puasa dan tarawih di masjid dan surau.

Semua umat Islam terpaksa mengadakan tarawih dan berbuka puasa di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.

Sehubungan itu, Rosey Yunus turut menasihat orang ramai terus patuhi arahan PKP dengan duduk diam di rumah untuk bersama memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Continue Reading

Previous: Tujuh lelaki aktif pecah rumah, kedai ditahan
Next: Agenda ekonomi baharu

Kategori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
Utusan Sarawak | MoreNews by AF themes.