Skip to content
UTUSAN SARAWAK

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • GLOBAL
  • BISNES
  • SUKAN
  • SADA IBAN
  • STAIL
  • WACANA PENGARANG
  • WBS
  • Home
  • Eksport arang batu secara beransur-ansur dibenarkan
  • BISNES

Eksport arang batu secara beransur-ansur dibenarkan

Utusan Sarawak January 12, 2022 1 min read
LARANGAN eksport arang batu selama sebulan dikenakan dikenakan awal minggu ini selepas stok arang batu jatuh ke paras rendah di beberapa loji jana kuasa kendalian PT PLN. • Foto BERNAMA

JAKARTA:  Indonesia akan secara beransur-ansur membenarkan eksport arang batu disambung semula mulai Selasa, kata Menteri Penyelaras bagi Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Keputusan itu dibuat selepas bekalan domestik telah dipenuhi dalam persekitaran bantahan daripada Jepun dan Korea Selatan menjelang musim sejuk.

“Kita akan lihat pengeksportan komoditi itu secara beransur-ansur mulai hari Rabu. Beberapa kapal diperiksa dan disahkan seterusnya dibenarkan keluar,” katanya dipetik portal media.

Mekanisme pasaran domestik mengenai pengeluaran arang batu menyatakan bahawa 25 peratus daripada pengeluaran arang batu mesti dijual kepada syarikat utiliti kerajaan, PT Perusahaan Listrik Negara (PT PLN).

Larangan eksport arang batu selama sebulan untuk Januari telah dikenakan awal minggu ini selepas stok arang batu jatuh ke paras rendah di beberapa loji jana kuasa yang dikendalikan oleh PT PLN.- Bernama

Continue Reading

Previous: VEE pertama dilancarkan Mac depan
Next: Malaysia umum dua inisiatif utama

Kategori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
Utusan Sarawak | MoreNews by AF themes.