Lanjutan tempoh bayar PTPTN, ringankan beban peminjam

CHERYL LAW

KUCHING: Orang ramai bersetuju kerajaan memberikan lanjutan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada enam bulan.

Seorang kerani tadbir, Dorryna Law, 28, berkata, kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran balik PTPTN selama enam bulan adalah amat bagus dan juga amat membantu.

“Dengan melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran balik PTPTN selama enam bulan ia boleh meringankan beban dan boleh utamakan perbelanjaan keperluan harian.

Dorryna memberitahu, tujuan kerajaan melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran balik PTPTN selama enam bulan adalah untuk membantu meringankan beban.

“Ini adalah tindakan yang terbaik kerana membantu golongan muda mengurus kewangan.

“Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada saya,” katanya.

Seorang jurujual, Semuel Liew, 26, juga berkata kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran balik PTPTN selama 6 bulan adaah sangat baik kerana ia membantu dalam menampung pembelajaan seharian.

“Ini kerana simpanan dan gaji yang diterima sedikit sebanyak dapat menampung pembelajaan seharian tanpa mengira membayar balik PTPTN buat sementara waktu.

“Tujuan tempoh penangguhan pembayaran balik PTPTN dilanjutkan kepada enam bulan adalah untuk membantu rakyat menampung pembelajaan seharian khususnya mereka yang ada tanggungan, baru bekerja dan bergaji kecil,” kata Semuel.

Semuel berkata ini tindakan yang terbaik kerana membantu rakyat buat sementara waktu.

“Ia membantu dalam memberi lebih lagi untuk pembelajaan seharian seperti makanan, bil telefon, insurans dan sebagainya,” jelasnya.