1.4 juta orang sembuh

PETUGAS tapak perkuburan memakai peralatan perlindungan untuk mengurus jenazah mangsa mati akibat Covid-19 di Rio deJaneiro, Brazil.• Foto AFP

Ankara: Jumlah pesakit Covid-19 yang pulih di seluruh dunia melebihi 1.4 juta pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu menurut data Universit Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS).

Di seluruh dunia, seramai 1,408,705 pesakit sembuh, 282,694 lagi meninggal dunia, manakala lebih 4.1 juta orang dijangkiti.

Jumlah pesakit yang sembuh paling ramai dilaporkan di AS iaitu seramai 216,169.

Bagaimanapun, AS kekal negara paling teruk dilanda wabak menyaksikan lebih 1.32 juta kes disahkan dan lebih 79,500 kematian.

Diikuti Jerman dengan 144,400 pesakit pulih, Sepanyol (136,166), Itali (105,186) dan Turki (92,691).

Kes Covid-19 dilaporkan di 187 negara dan wilayah sejak virus itu muncul di Wuhan, China pada Disember lalu.-Bernama