Jepun tarik balik darurat

FILE PHOTO: Japan’s Economy Minister Yasutoshi Nishimura attends a news conference at Prime Minister Shinzo Abe’s official residence in Tokyo, Japan September 11, 2019. REUTERS/Issei Kato

TOKYO: Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk menarik balik darurat di sebahagian besar wilayah negara ini,  kata pegawai pada Ahad, lapor agensi berita Kyodo.

Darurat dijangka ditarik balik di 34 daripada 47 wilayah mulai Khamis jika memenuhi syarat ditetapkan iaitu kes jangkitan menurun setiap minggu dan sistem perubatan serta pemantauan yang mencukupi.

Panel pakar penyakit berjangkit dijadual bermesyuarat pada Khamis dan menilai keadaan semasa.

“Sebanyak 34 wilayah itu tidak melaporkan kes dalam tempoh satu atau dua minggu kebelakangan ini,” kata Menteri Pembangunan Ekonomi Yasutoshi Nishimura pada sidang media.

Sementara 13 lagi wilayah memerlukan langkah pencegahan yang lebih khusus kerana jumlah kes baharu yang agak tinggi, ia termasuk Tokyo, Kanagawa, Saitama, Chiba, Osaka, Hyogo, Fukuoka, Hokkaido, Ibaraki, Ishikawa, Gifu, Aichi dan Kyoto.

Di Tokyo, 22 lagi jangkitan dilaporkan pada Ahad- Bernama