10 juta saringan dilaksana di AS minggu ini

PRESIDEN Donald Trump berkata, Amerika Syarikat (AS) melakukan 300,000 ujian
saringan Covid-19 setiap hari dan dijangka mencecah sebanyak 10 juta.

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata, Amerika Syarikat (AS) melakukan 300,000 ujian saringan Covid-19 setiap hari dan dijangka mencecah sebanyak 10 juta pada minggu ini, lapor agensi berita Anadolu. 

Bercakap semasa taklimat di Rumah Putih pada Isnin beliau berkata lebih sembilan juta ujian saringan dilakukan setakat ini dan jumlah itu akan meningkat setiap hari. 

“Minggu ini, AS akan menjalankan 10 juta ujian saringan – hampir dua kali ganda berbanding negara lain,” kata Trump. 

Presiden itu mengatakan Pentadbiran Makanan dan Ubatan telah meluluskan 93 ujian saringan yang berbeza untuk memerangi wabak Covid-19, yang telah menjangkiti hampir 1.35 juta orang di negara ini dan membunuh lebih 80,000 pesakit.

Kerajaan persekutuan juga akan menyalurkan dana AS$11 bilion kepada setiap negeri untuk digunakan bagi menampung kos ujian saringan Covid-19. – Bernama