Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Pengalaman memodenkan dan menangani kemiskinan
  • WACANA PENGARANG

Pengalaman memodenkan dan menangani kemiskinan

Utusan Sarawak 10 months ago

Negara China mempunyai jumlah penduduk yang besar, iaitu 1.4 bilion orang (2020) dan sudah tentu membayangkan kompleksiti sebuah negara yang kini menjadi kuasa ekonomi  terbesar dunia dalam konteks kuasa beli, pengeluar, perdagangan barangan dan pemegang rizab pertukaran asing terbear dunia.  Di mana-mana sahaja China menjadi pengeluar teknologi dan mampu memberikan saingan sengit kepada negara barat khususnya Amerika Syarikat hingga menjadi ancaman kepada empayar niaga Amerika Syarikat. China juga kini dikenali sebagai pelabur yang mempunyai modal besar  di pelbagai negara dan menguasai pelbagai sumber perdagangan dunia.

Namun sebelum negara itu, menjadi kuasa ekonomi dunia, negara tersebut berdepan dengan isu besr, iaitu kemiskinan kalangan rakyat mereka. Ditambah lagi dalam konteks sejarah, kependudukan besar di negara ini sangat tinggi apabila selepas perang dunia ke-2,  keluarga digalakkan  memiliki anak ramai tanpa sekatan. Langkah ini dilakukan dengan harapan akan membawa  lebih banyak pendapatan negara dan untuk  menghasilkan lebih banyak  sumber makanan dengan penduduk yang lebih besar.  Ia juga dilakukan  untuk memastikan jumlah angkatan tentera negara juga besar dan mampu mengukuhkan pertahanan negara. Namun langkah ini memberikan kesan negatif negara tersebut apabila kurang kawalan terhadap pertambahan mendadak hingga mendorong kepada masalah ekonomi setempat.

Langkah galakan terhadap penduduk ramai ini menyebabkan lebih banyak membawa kepada masalah isu kemiskinan dan kadar kemiskinan menjadi meningkat apabila penduduk semakin meningkat. Berdasarkan pendapatan isi rumah di China kadar kemiskinan di China pada 63 peratus  daripada jumlah penduduk pada tahun 1983. Kadar gaji  atau pendapatan yang rendah mendorong kepada faktor kemiskinan.   Bayangkan  bahawa perkapita Keluaran Negara Kasar (GDP) China pada tahun 1980 hanyalah sebanyak $194.60 atau sekadar 10 peratus daripada GDP Brazil yang mempunyai GDP sebanyak $ 1,947.28 manakala India pula mempunyai $266.58 kadar GDP mereka.

Situasi ini menunjukkan betapa rendahnya produktiviti ekonomi negara China ketika itu. Akibat ini menyebabkan dasar baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1980, iaitu untuk dasar memiliki seorang anak  dilaksanakan bagi mengelak kadar kelahiran tidak terkawal.  Apabila dasar ini dilaksanakan ia mampu mengawal  kadar kemiskinan apabila fokus kepada pembangunan ekonomi dan pembasmian dapat dilaksanakan dengan lebih terancang.

Perubahan

Namun pada tahun 2016 terdapat perubahan besar dalam negara China.  Keluaran Negara Kasar (GDP) perkapita berkembang 58 kali ganda  menjadi $ $10,216,6 in 2019 pada tahun 2019 dan ini sebenarnya  5.45 kali ganda daripada GDP negara India dan 1.31 kali ganda berbanding Brazil yang mempunyai GDP ($8,717.20). Data Bank Dunia ini menunjukkan China berjaya membawa negara meraka membangun dengan lebih pesat dan berjaya menangani isu kemiskinan.

Pada tahun 2016,  kadar kemiskinan kebangsaaan China berjaya diturunkan  menjadi bawah di bawah 4 peratus pada tahun 2016  dan angka ini menujukkan hampir 90 peratus kadar kemiskinan berjaya diturunkan  sejak tahun 1981.  Pada tahun  akhir tahun 2020, terdapat hampir 100 juta penduduk luar bandar miskin berjaya dikeluarkan dari belenggu kemiskinan, begitu juga 832 daerah miskin dan 128,00 kampung berjaya keluar daripada senarai kemiskinan.  Pencapaian ini merealisasikan matlamat pembasmian kemiskinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Agenda Pembangunan Mampan 10 tahun lebih awal dan ini merupakan pencapaian yang terbesar.

Faktor Pencetus Komitmen

Nama Xi Jinping merupakan antara nama besar yang memberikan sumbangan terhadap memodenkan negara China. Beliau menjadi Presiden Repblik tersebut sejak tahun 2013. Bagi Xi Jinping,  langkah terpenting ialah memastikan bekalan makanan kepada rakyat dapat dipenuhi  dalam apa-apa jua keadaa untuk memastikan keselamatan dan perlindungan sektor makanan sentiasa  diberikan perhatian utama. Justeru penekanan  untuk menstabilkan pengeluaran makanan ruji dan jagungnya, terus mengembangkan perluasan  penanaman kacang soya dan penanaman tanaman minyak lain, mengekalkan pengeluaran bijirin tahunannya pada lebih daripada 650 juta tan metrik untuk memastikan keperluan makanan yang mencukupi.

Baginya tanah ladang adalah prasyarat penting untuk pengeluaran bijirin dan asas pembangunan mapan negara. Tanah ladang hanya boleh digunakan untuk pertanian tanaman, terutamanya pengeluaran bijirin, dan negara mesti menguatkuasakan sistem yang paling ketat dalam melindungi tanah ladangnya, termasuk berusaha untuk mengukuhkan kawalan ke atas penggunaannya dan menghalang tanah ladang daripada digunakan untuk tujuan bukan pertanian. Pada masa yang sama bagi memastikan sector ini terus berkembang maka projek untuk melindungi bumi  agar  terus subur dan berusaha untuk membangunkan 66.7 juta hektar ladang berkualiti tinggi merupakan komitmen pemerintahannya.

Usaha menambah baik infrastruktur luar bandar dengan ketara seperti jalan raya, pengairan, sistem saliran dan kawalan banjir, dan menjadikan internet boleh diakses oleh semua di kawasan luar bandar. Rangkaian pengangkutan yang cekap menghubungkan petani ke pasaran, dan dasar baharu diperkenalkan untuk menggalakkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bergerak ke kawasan luar bandar, sekali gus mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat, sambil menetapkan matlamat baharu untuk memastikan keselamatan makanan bagi golongan miskin luar bandar. Pelbagai platform e-dagang seperti Taobao menjadikan pertanian lebih dipacu oleh permintaan semasa.

Sistem penyampaian mulai dbaiki dengan lebih baik  dan isu-isu rakyat seharian mulai diberikan perhatian yang besar. Sistem pentadbiran juga banyak dilakukan secara disentralisasikan secara besar-besaran.  Kerajaan tempatan memainkan peranan  dalam membawa ekonomi kapitalisme, manakala dasar-dasar inovasi diperkenalkan.   China mulai berubah daripada  di bawah pemerintahan  Mao yang merupakan anti kapitalis kini beralih dan   berorientasikan perniagaan yang pesat. Kelonggaran evolusi kapitalisme dimanfaatkan misalnya penggunaan tenaga buruh  yang murah dan membangunkan kota-kota di pesisiran. Segala maklum balas dimanfaatkan dan dibiarkan berkembang dan membentuk pasaran semasa wilayah dan negara. Koperasi juga dijana untuk memberikan skala ekonomi petani untuk membeli apa-apa yang mereka perlukan dan memasarkan produk mereka secara kolektif, diikuti dengan usaha pendigitalan. Pada masa yang sama penyatuan ladang kecil kepada unit besar melalui pemindahan hak operasi kepada satu pengurusan ladang besar dan i diuruskan oleh pengurus profesional yang berpendidikan tinggi.

Kepimpinan dinamik

Di bawah kepimpinan dan agenda transformasi oleh Deng Xiaoping sejak tahun 1978 dan 1989 misalnya, beliau  sebenarnya memulakan kapitalisme dalam zon ekonomi baru di China. Apabila berlaku kegawatan ekonomi, pada tahun 1980 mengumumkan penciptaan empat ekonomi zon perintis di empat bandar utama.  Zon-zon ini telah diberikan insentif cukai khas untuk syarikat asing, mengeksport produk perkilangan yang dipacu pasaran, mewjudkan perkongsian Bersama supayta semua orang mendapat manfaat,  kebebasan daripada kerajaan pusat dalam beberapa isu kawal selia, dan mempunyai aktiviti ekonomi yang didorong terutamanya oleh kuasa pasaran untuk berkembang, menyediakan insentif cukai untuk syarikat asing, mengeksport produk perkilangan yang dipacu pasaran, dan mewujudkan perkongsian bersama supaya semua orang mendapat manfaat. Dalam dekad yang lalu, empat bandar utama telah ditetapkan sebagai SEZ, bersama-sama dengan seluruh wilayah Pulau Hainan di selatan.

Den Xiaoping juga memperkenalkan pembaharuan pertanian pada tahun 1978 apabila China ketika itu dikenali  sebagai masyarakat pertanian manakala lebih daripada 75 peratus penduduk luar bandar hidup dalam kemiskinan mutlak. Deng menyatakan “Sosialisme bukanlah kemiskinan, dan kemiskinan bukanlah sosialisme.”

Pemimpin tempatan yang berpretasi tinggi dan mampu membawa kemakmuran kepada daerah mereka  diiktiraf  dan kerajaan tempatan dibenarkan mengekalkan bahagian mereka dalam sumber pendapatan yang diperoleh.  Insentif sebegini  membawa kepada perluasan kemaklmuran walaupun tidak kesemua kaedah seumpama berjaya dilaksanakan secara menyeluruh di wilayah  China.  Falsafah pembangunan berpusatkan kepada kepentingan rakyat dan mengukuhkan kekuatan institusi bagi mengumpulkan sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas besar serta gabungan idea kreatif mereka turut dilaksanakan.  Meskipun imej negara China tidak terlepas isu dan masalah rasuah akan tetapi China mengenakan hukuman yang sangat ketat dan keras terhadap pesalah rasuah dan jenayah.  Peraturan yang ketat dan keras ini berjaya mengawal negara besar dunia daripada berterusan dibelenggu rasuah.

Kesinambungan Kepimpinan

Presiden China Xi Jinping  bertegas baru-baru ini bahawa akan terus mengenakan hukuman bunuh pesalah rasuah dan menjadi dasar kepimpinannya. Kesannya terdapat gejala tidak sihat sebelum ini berjaya dikekang, masalah yang menghambat akibat rasuah berjaya diatasi dan ini diperangi di peringkat parti, tentera dan negara. Kesannya pihak awam dan pedagang tidak berani dan tidak mampu serta tidak memiliki keinginan terlibat dalam rasuah.  Xi Jining juga  mahu pencegahan dilakukan dengan serius dalam mengidentifikasi dan menangani serta menutup ruang biak  korupsi sistemik daripada berlangsung. Tindakan ini memnjadikan ekonomi China menjadi mampu lebih kompetitif..

Kemajuan China didorong oleh fokus terhadap inovasi sains dan teknologi yang terus dipertingkatkan. Setiap rancangan lima tahun  dalam dalam Rancangan Lima Tahun Ke-14 (2021-2025) telah mengenal pasti pelaksanaan beberapa projek strategik dalam bidang kecerdasan buatan, maklumat kuantum, litar bersepadu, kehidupan dan kesihatan, neurotologi, pembiakan, sains dan teknologi aeroangkasa. Sebelum ini membina kea rah ini sistem pendidikan mereka berteraskan keperluan peribumi dan mendidik anak-anak mereka  dalam sistem pendidikan kebangsaan menggunakan bahasa ibunda mereka berjaya membentuk jati diri mereka dan ciptaan dan inovasi sains dan teknologi yang bukan sahaja bermanfaat kepada negara mereka tetapi berjaya dieksport ke negara luar.

Sudah tentu banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman negara China yang pada mulanya sebuah negara dianggap miskin dan negara pertanian kini menjadi sebuah kuasa ekonomi akibat pemodenan pertanian dan dasar hingga menjadi kuasa ekonomi dunia terbesar dunia.

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Tags: Dr Awang Azman

Continue Reading

Previous: Konfrontasi berlanjutan hingga tamat
Next: Perlu kekal sebagai ‘king maker’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.