Kitar komputer lama demi keselamatan

KOMPUTER lama yang dibuang.

ZARINA ABDULLAH

ADAKAH anda mempunyai komputer lama di rumah atau di pejabat? Pada zaman ini, semakin banyak program kitar semula komputer lama dijalankan untuk mengelakkan pembuangan komputer lama.

Ini kerana, komputer lama yang sudah tidak digunakan mestilah dikitar semula agar atau e-sisa (e-waste)  tidak berleluasa dengan kaedah yang betul untuk pelupusan agar dapat melindungi alam sekitar dan dapat mencapai masa depan yang lestari.

Pada era globalisasi ini, penggunaan peranti elektrik dan elektronik seperti telefon pintar, komputer dan barang perkakasan rumah semakin meningkat selari dengan kemajuaan teknologi, maka pembuangan barangan elektronik dan elektrik yang rosak semakin tidak terkawal.

Komputer dan komputer riba lama atau yang telah rosak tidak perlu untuk dibuang kerana boleh menyebabkan risiko kepada alam sekitar dan juga kesihatan serta keselamatan manusia.

Apa yang perlu dilakukan dengan komputer lama?

Antara cara-cara mesra alam yang perlu dilakukan kepada komputer lama adalah memuat turun perisian baharu jika komputer masih dapat digunakan atau sekiranya tidak mahu digunakan lagi, jual dan derma komputer.

Jika komputer telah rosak, keluarkan bahagian yang masih boleh digunakan untuk membaiki komputer semasa sebagai alat ganti selain alam logam dalam komputer boleh dikitar semula.

Jual atau Derma Komputer Lama

Sekiranya komputer lama masih boleh digunakan, komputer tersebut boleh dijual kepada sesiapa yang ingin membelinya termasuk melalui medium applikasi jualan.

Selain itu, komputer tersebut boleh juga didermakan kepada mereka yang memerlukan. Sebagai contohnya, terdapat banyak organisasi atau pusat komuniti yang memerlukan komputer untuk didermakan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Keluarkan bahagian komputer yang boleh digunakan

Terdapat banyak bahagian komputer yang boleh diceraikan dan jika bahagian atau alat itu masih boleh digunakan, ianya boleh digunakan sebagai alat ganti untuk komputer yang baharu. Antara komponen adalah pek bateri, penghubung dan kabel, memori RAM, cakera keras, pemacu optic, bateri dan CPU.

Kumpul komponen logam untuk dikitar semula

Di dalam sebuah komputer, terdapat banyak komponen dan alat logam dan barangn ini harus dikitar semula kerana jika tidak, alat dan komponen tersebut boleh membahayakan alam sekitar dan juga manusia.

Sebelum mengitar semula komputer, terdapat beberapa langkah penyediaan:

Semua data dan informasi di dalam komputer hendakla dibuang untuk mengelakkan kecurian identiti dan fail-fail penting hendaklah disimpan di dalam cakera keras lain.

Buka semua perkakas komputer seperti papan kekunci dan pembesar suara kerana perkakas seperti ini boleh digunapakai dan juga diderma.

Jika mempunyai komputer riba lama, bateri hendaklah di keluarkan bateri kerana kebanyakan komputer riba menggunakan bateri lithium-ion dan bateri ini hendaklah dikitar semula secara berasingan.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan E-sisa daripada meningkat, semua masyarat harus memainkan peranan untuk mengitar semula komputer dan komputer riba lama yang sudah tidak digunakan bagi mengatasi masalah ini serta menyumbang kepada alam sekitar.

Kesedaran terhadap kitar semula sisa elektronik perlu dititik beratkan dan diterapkan di dalam sanubari terutama berkaitan dengan alam sekitar. Di samping pelbagai pemantauan dan inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dapat sedikit sebanyak membendung masalah ini daripada terus meranapkan alam sekitar.