Skip to content
UTUSAN SARAWAK

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • GLOBAL
  • BISNES
  • SUKAN
  • SADA IBAN
  • STAIL
  • WACANA PENGARANG
  • WBS
  • Home
  • Berazam cipta kejutan
  • SUKAN

Berazam cipta kejutan

Utusan Sarawak July 4, 2022 1 min read

TETAP BERSEMANGAT… Pemain SU FC II menjalani latihan.

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC II (SU FC II), Safri Amit memberitahu, perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur akan berlangsung Isnin depan.

Beliau yakin akan kemampuan pemain untuk melakukan kejutan dalam perlawanan itu memandangkan kesemua pemain bebas dari kecederaan mahupun penggantungan.

Beliau juga akan menyenaraikan barisan kesebelasan terbaik pada perlawanan yang akan berlangsung nanti.

“Perlawanan itu kelak akan dimanfaat sebaik mungkin untuk merebut peluang beroleh sebarang mata” tegas beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau sedar bahawa ia bukanlah tugasan yang mudah untuk pemain kerana percaya tuan rumah juga tidak mahu tercicir sebarang mata.

SU FC II masih kekal berada dikedudukan keempat, menggumpul 9 mata.

Mencatat dua kemenangan, tiga kali seri selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC ini, SU FC II akan menentang pasukan Sabah FC II di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 7 Julai ini.

Oleh FATIN SYAHREZA

Continue Reading

Previous: Sekadar tempat kelima
Next: 625 atlet Sarawak sedia gegar

Kategori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
Utusan Sarawak | MoreNews by AF themes.