3 pasar tamu mula beroperasi hari ini

SIBU: Sedikit kelegaan buat penduduk bahagian ini apabila tiga pasar tamu di bawah pentadbiran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan beroperasi semula bermula hari ini.

Tiga pasar tamu tersebut ialah Pasar Tamu Sibu Jaya, Stapang dan Selangau dibenarkan beroperasi setiap hari mulai jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai mengumumkan perkara tersebut pada sidang media di Perpustakaan MDLBS di Sibu Jaya, semalam.

Katanya, pihaknya telah menerima arahan dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak yang bersetuju bahawa pasar tamu yang berstruktur kekal dan beroperasi di dalam bangunan sahaja dibenarkan untuk dibuka semula.

“Bagaimanapun, ia adalah dengan kawalan perjarakan sosial yang lebih ketat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).