Wakil rakyat hulur sumbangan

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad tampil menghulurkan sumbangan kepada 465 bilik 23 rumah panjang dan tiga kampuung di bawah program ‘Food Basket ‘ di sini semalam.

Penghuni 23 rumah panjang dan tiga kampung terbabit terputusn hubungan ekoran ketiadaan perkhimdatan bot ekspres dan bot laju susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bercakap kepada pemberita, Safiee Ahmad memberitahu, beliau bersama Ahmad Johnie mengambil inisiatif itu untuk membantu semua penduduk yang terjejas.

“Penduduk di kawasan terbabit amat terkesan kerana ketiadaan pengangkutan untuk mereka keluar ke bandar-bandar berdekatan bagi mendapatkan bekalan makanan sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID 19 bermula pada 18 Mac lepas.

“Seperti yang kita sedia maklum, perkhidmatan bot ekspres, bot laju dan moto bandung tidak beroperasi dalam tempoh PKP ini,” jelasnya.

Katanya, terdapat segelintir rumah panjang dan kampung tiada kedai runcit dan kalau adapun sudah kehabisan stok barangan jualan.

“Dalam hal ini, kami berdua berusaha menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas mengikut keutamaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Johnie memberitahu, peringkat pertama pengagihan bantuan makanan tersebut melibatkan 421 pintu rumah panjang termasuk Kampung Sebena.

“Kita agihkan kepada mereka yang amat memerlukan terlebih dahulu secara berperingkat-peringkat kerana pergerakan juga terhad dalam tempoh PKP ini,” ujarnya.

Katanya, barang-barang keperluan yang dihantar ialah seperti beras, gula, bilun, biskut, susu creamer, telur ayam dan minyak masak.

“Ini adalah inisiatif saya bersama Safiee Ahmad dengan bantuan Pusat Khidmat DUN Daro dan Parlimen Igan.

“Semua ini adalah untuk membantu penduduk kawasan rumah panjang yang terputusa rangkaian pengangkutan untuk keluar masuk. Semoga usaha dan pelaksanaan urusan bantuan ini dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Antara penerima agihan bantuan ialah Kampung Nanga Semah 70 pintu, Sebena 53 pintu, Pengaik 11 pintu.

Diikuti, Tuai Rumah (TR) Gitai 11 pintu, TR Empati enam pintu, TR Lissa 13 pintu, TR Lapok 11 pintu, TR Maggerat 20 pintu, TR Bala 20 pintu, TR Ujang lapan pintu, TR Milong lima pintu dan Kampung Penasu 69 pintu. Mohamadin 19 pintu, Cathreen 16 pintu, Micheal 25 pintu, Jimbau 13 pintu, Nira dua pintu, Kemarau dua pintu, Wih lapan pintu dan Sebinjai 38 pintu.