Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Polis berkas suspek utama kes samun Jalan Stutong kurang 24 jam
  • JENAYAH & MAHKAMAH

Polis berkas suspek utama kes samun Jalan Stutong kurang 24 jam

Utusan Sarawak 2 months ago

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil dan para penerima sijil tersebut semasa Perhimpunan bulanan Ketua Polis Daerah Kuching, pagi tadi. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Seorang suspek utama kes samun bersenjata di kedai makan, Jalan Stutong berjaya ditangkap polis malam tadi.

Lelaki tempatan berusia 35 itu diberkas di kediamannya sekitar 9.30 malam oleh pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama Pasukan Jenayah Berat (D9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, pihaknya telah berjaya menangkap suspek dalam tempoh kurang 24 jam.

“Suspek juga adalah orang yang dikehendaki polis selain mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kecurian harta benda.

“Susulan penangkapan suspek terbabit, kes ini telah selesai dan suspek akan direman pagi ini untuk membantu siasatan sekali gus kami akan terus menjejaki saki baki suspek,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching, hari ini.

Suspek dibawa ke Mahkamah Kuching hari ini, pukul 9 pagi untuk permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, satu kejadian samun oleh dua suspek menggunakan senjata sebilah parang telah berlaku di sebuah kedai makan, Jalan Stutong pada Selasa.

Oleh NUR AIN OTSMAN

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Polis buru suspek kes samun di Kampung Segong
Next: Seorang lagi suspek ditahan kes samun kedai makan Jalan Stutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.