Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • SDW2023 bakal tampil 32 pereka muda tempatan
  • TEMPATAN

SDW2023 bakal tampil 32 pereka muda tempatan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Seramai 32 pereka muda tempatan akan mempamerkan idea reka bentuk perabot mereka pada Pavilion SayD’Signers yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 13 hingga 16 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Saradec Dayang Nena Abang Bruce berkata, Pavilion yang dibina khas sempena Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 (SDW2023) itu telah ditetapkan untuk menjadi ekspo yang diterajui reka bentuk buatan sendiri pertama di Malaysia sebaik sahaja dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada pembukaan program itu kelak.

Katanya, SDW2023 akan menghimpunkan beberapa minda yang paling inovatif dan kreatif dalam industri reka bentuk di samping mempamerkan trend terkini serta teknologi dalam seni bina, fesyen, reka bentuk grafik dan banyak lagi.

“Terletak di tengah-tengah dewan pameran utama di tingkat bawah BCCK, Pavilion SayD’Signers akan mempamerkan reka bentuk perabot yang sangat unik ciptaan 32 pereka muda dari kumpulan satu hingga empat program SayD’Signers Sarawak.

“Pengunjung akan dapat melihat reka bentuk perabot unik mereka dan mendapatkan lebih banyak maklumat hanya dengan mengimbas kod QR yang mengiringi setiap perabot yang dipamerkan di astaka,”katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Tambah Dayang, kesemua pereka yang terlibat sepanjang acara empat hari itu bersedia memberikan maklumat lanjut mengenai reka bentuk mereka dan menjawab semua soalan yang berkaitan.

Untuk rekod, SDW2023 anjuran Saradec dan Institut Teknologi Bandung (ITB) Indonesia diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan serta disokong oleh Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC).

Rakan kongsi strategiknya termasuk Sarawak Timber Association (STA), Sarawak Furniture Industry Association (SFIA), Sarawak Tourism Board (STB), Tun Jugah Foundation, CENTEXS Commercial, University of Technology Sarawak (UTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Komuniti, Ran & Nong Creations, Dr. Dorothy & Group serta penglibatan daripada sektor ekonomi, perdagangan dan pelancongan.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Subsidi Yuran Taska, Tadika: Kerajaan Sarawak luluskan RM2.5 juta
Next: Pelajar Sarawak disaran terokai peluang pekerjaan tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.