Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Proaktif tangani sindiket penggunaan wang palsu
  • TEMPATAN

Proaktif tangani sindiket penggunaan wang palsu

Utusan Sarawak 1 month ago

ACP Ahsmon Bajah meminta orang ramai lebih proaktif demi menangani bersama sindiket penggunaan wang palsu.

KUCHING: Kisah peniaga Pasar Tamu Sibujaya tampil membuat laporan polis pada 30 Januari lalu haruslah dijadikan iktibar buat orang ramai supaya tidak leka dibuai mimpi terutamanya apabila berurusan dengan wang.

Ketua Polis Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, walaupun setakat ini, tidak menerima sebarang laporan mengenai penggunaan duit palsu ini di sini, namun kebarangkalian, ia mungkin sudah diedarkan di seluruh negeri.

“Sesiapa sahaja yang menjumpai duit palsu ini harus menghubungi polis dengan segera.

Tegasnya lagi, penggunaan duit palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pada 30 Januari lalu, seramai 14 peniaga di pasar tamu itu telah diperdaya selepas menerima wang kertas bernilai RM20 dengan nombor siri pendaftaran (CD:2748412) yang disyaki wang palsu.

Penggunaan wang palsu tersebut hanya dikesan oleh salah seorang peniaga selepas tiga jam kemudian setelah mendapati dakwat pada permukaan wang kertas RM20 berkenaan mula luntur.

Oleh Connie Chieng

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Sarawak catat peningkatan kes Covid-19
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat libatkan Sarawak sehingga esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.