Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Amaran ribut petir, hujan lebat libatkan Sarawak sehingga esok
  • TEMPATAN

Amaran ribut petir, hujan lebat libatkan Sarawak sehingga esok

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga Jumaat ini.

Berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung sehingga Rabu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

MET Malaysia telah mengemaskinikan Amaran Hujan Berterusan melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan berkuat kuasa sehingga esok.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Proaktif tangani sindiket penggunaan wang palsu
Next: Terokai bersama industri pertanian pintar, pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.