Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Amanah, kepercayaan dalam kerja berpasukan
  • NASIONAL

Amanah, kepercayaan dalam kerja berpasukan

Utusan Sarawak 2 months ago

Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengaminkan bacaan doa pada majlis perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama warga JPM bagi bulan Februari 2023 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam bekerja sebagai satu pasukan yang menerapkan elemen amanah dan kepercayaan dalam budaya kerja.

Pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Februari 2023 di sini hari ini, Anwar berkata, elemen berkenaan perlu diterapkan dalam usaha membebaskan segala ketelanjuran yang pernah berlaku dan mungkin berlaku.

Anwar mengakui terdapat kesungguhan dalam kerja berpasukan yang ditunjukkan Jemaah Menteri dan penjawat awam sejak beberapa bulan ini seperti dalam perihal pengurusan pekerja asing serta banjir dan penghantaran segera Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye.

“Ada keinginan baik daripada pimpinan atau penjawat awam untuk mengorak langkah dengan pantas dan bertanggungjawab,” katanya pada perhimpunan yang kali ini diadakan di tempat tertutup iaitu Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri berbanding kebiasaan di Dataran Perdana.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar juga yakin barisan Jemaah Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan mampu membawa perubahan dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mengangkat martabat negara dan Malaysia Madani.

“Walaupun latar belakang pelbagai dan sejarah pertelingkahan, pembentukan idea… Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan ialah kesatuan pemikiran dan kesatuan tekad itu wujud. Ini tidak boleh dinafikan, ini kenyataannya yang kita bekerja sebagai pasukan,” katanya.

Beliau turut menggesa komitmen dan semangat menyeluruh warga perkhidmatan awam untuk melaksanakan perubahan untuk mengangkat negara ke arah lebih baik.

“Saya tidak nafikan ada orang tegur tak patut saya sebut perkara lama tetapi imej negara, ekonomi negara, keterlanjuran berlaku itu tidak boleh dinafikan dan harus ada kekuatan dan tekad baharu daripada semua kalangan,” katanya.

Konsep Malaysia Madani diperkenalkan Anwar pada 19 Januari lepas, diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. – Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: MAHB bantu mudah cara operasi penerbangan SAR di Turkiye
Next: Kementerian, agensi digesa tingkat kecekapan demi rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.