Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Polymyxins disenarai sebagai bahan terlarang dalam semua produk ubat veterinar
  • UMUM

Polymyxins disenarai sebagai bahan terlarang dalam semua produk ubat veterinar

Utusan Sarawak 1 month ago

“Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalahguna dalam makanan haiwan sebagai agen growth promoter. Penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR)." - Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju menyenaraikan semua polymyxins sebagai bahan terlarang dalam semua produk ubat veterinar bagi semua spesies sasaran, kecuali produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu, yang dicapai dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 yang bersidang pada 2 Februari lepas, merupakan langkah mengurangkan risiko kerintangan antimikrobial (AMR) terhadap polymyxins.

“Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalahguna dalam makanan haiwan sebagai agen growth promoter. Penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, mesyuarat PBKD turut bersetuju agar pembatalan pendaftaran produk ubat veterinar berdaftar yang mengandungi Polymyxin E (Colistin) berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata pengilangan, pengimportan dan pembekalan produk juga tidak dibenarkan serta-merta, manakala Pemegang Pendaftaran Produk dibenarkan untuk menghabiskan stok sedia ada di pasaran dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat pembatalan produk.

“Mesyuarat PBKD juga bersetuju dengan keputusan untuk tidak mempertimbangkan permohonan pendaftaran semula bagi produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Polymyxins (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin B) telah dikategorikan sebagai Critically Important Antimicrobials oleh pihak World Health Organization (WHO) berdasarkan Annex 1 Penerbitan WHO Critically Important Antimicrobials for Human Medicine.

“Polymyxins turut dikategorikan sebagai highest priority berdasarkan Table 2: Prioritization of antimicrobials categorized as “Critically Important” in human medicine kerana telah menepati kesemua faktor keutamaan,” kata Dr Noor Hisham. – Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Tipu Tawaran E-Baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Next: Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dilantik anggotai Badan Penasihat Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.