Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Hasrat hantar barang tidak kesampaian
  • KEMALANGAN & KEBAKARAN

Hasrat hantar barang tidak kesampaian

Utusan Sarawak 2 months ago

Kemalangan berangkai di Sibu antara lori, van dan hilux berdekatan Batu 8, berhadapan Institut Memandu Ngu Chun Ben awal pagi tadi.

SIBU: Hasrat seorang penghantar barang tidak kesampaian apabila gagal sampai ke destinasi seperti dirancang akibat terlibat dalam kemalangan berdekatan Batu 8, berhadapan Institut Memandu Ngu Chun Ben awal pagi tadi.

Mangsa, Jalin Morice, 28, terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar barang menghala dari Sibu ke Kapit dilaporkan mengalami kecederaan iaitu koyak di bahagian sebelah kanan muka, patah kaki kiri dan kanan.

Komander Operasi Bomba, Thompson Sumping berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 8.55 pagi.

“Anggota mengeluarkan mangsa tersepit pada bahagian pemandu dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa tersepit merupakan pemandu van dalam perjalanan menghantar barang menghala dari Sibu ke Kapit dan berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan lori kontraktor dan sebuah hilux ,” katanya dalam satu kenyataan.

Setelah berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba, mangsa yang tersepit itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi tamat sekitar 9.42 pagi.

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Kes kemalangan di Sarawak naik
Next: Kemalangan berantai, empat pemandu terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.