Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Malaysia – Brunei perkukuhkan komitmen kerjasama pertahanan – MINDEF
  • NASIONAL

Malaysia – Brunei perkukuhkan komitmen kerjasama pertahanan – MINDEF

Utusan Sarawak 2 months ago

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), pertemuan adalah bagi membincangkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Brunei yang disifatkan sangat produktif merangkumi spektrum yang luas dalam bidang kerjasama dua hala.

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenaan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammad Hasan, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan sempena lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), pertemuan adalah bagi membincangkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Brunei yang disifatkan sangat produktif merangkumi spektrum yang luas dalam bidang kerjasama dua hala.

Pada pertemuan tersebut, Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada Baginda untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.

Terdahulu, Mohamad mengadakan kunjungan dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Brunei Darussalam, Brig Jen (B) Datuk Seri Pahlawan Abdul Razak Abdul Kadir.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri berkenaan mengakui bahawa lawatan rasmi tersebut adalah bukti ikatan yang kukuh dan dinamik hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.

Malaysia dan Brunei berkongsi hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan lawatan oleh Mohamad telah memberi peluang untuk mempertingkatkan perkongsian strategik, menurut kementerian itu. – Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: UiTM Holdings: KPT alukan sebarang siasatan berhubung laporan kerugian RM157 juta
Next: Malaysia perlu benarkan visa ketibaan semua negara kekal kompetitif – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.