Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Penggantungan penerbangan terus AirAsia Kuching-Pulau Pinang mulai 1 Mac Ini
  • TEMPATAN

Penggantungan penerbangan terus AirAsia Kuching-Pulau Pinang mulai 1 Mac Ini

Utusan Sarawak 2 months ago

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pihaknya menerima keputusan pihak pengurusan AirAsia memandangkan separuh daripada pesawat syarikat tambang murah itu masih dijadualkan untuk penyelenggaraan.

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak menerima keputusan penggantungan penerbangan terus melibatkan laluan Kuching-Pulau Pinang mulai 1 Mac ini disebabkan faktor-faktor operasi.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pihaknya menerima keputusan pihak pengurusan AirAsia memandangkan separuh daripada pesawat syarikat tambang murah itu masih dijadualkan untuk penyelenggaraan.

Menurutnya, kini hanya syarikat penerbangan Firefly sahaja yang mengendalikan penerbangan terus antara Kuching-Pulau Pinang-Kuching dengan kekerapan penerbangan sebanyak dua kali sehari.

“Penggantungan penerbangan ini tidak dapat dielakkan dalam industri penerbangan disebabkan pelbagai keadaan operasi.

“Bagaimanapun, syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk memberikan notis dalam masa yang mencukupi serta menyediakan penerbangan alternatif atau bayaran balik penuh kepada penumpang yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Sebelum itu, beliau telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Perhubungan Kerajaan AirAsia di Sarawak, Hamdan Mohamad mengenai penggantungan penerbangan terus AirAsia melibatkan laluan Pulau Pinang-Kuching.

Taklimat itu turut dihadiri Ketua Penerbangan Kementerian Pengangkutan Sarawak, Zulkarnain Rosli.

Penumpang yang terjejas diberi tiga pilihan, iaitu mereka boleh memilih untuk mengambil pertukaran penerbangan percuma melalui Kuala Lumpur atau mendapatkan bayaran balik tiket penerbangan secara kredit ke dalam akaun AirAsia atau mendapatkan bayaran balik tunai dikreditkan terus ke akaun bank peribadi penumpang.

Beliau turut menasihatkan penumpang yang terjejas supaya membuat aduan lanjut kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) , selaku pengawal selia untuk pembangunan penerbangan di Malaysia sekiranya mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan kembali tiket penerbangan mereka melalui pautan laman web https://flysmart.my/en/make-a-complaint/.

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Terokai bersama industri pertanian pintar, pelancongan
Next: Seringkali tertangkap ‘mencuri’ dapat perhatian netizen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.