Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Kemalangan berantai, empat pemandu terselamat
  • KEMALANGAN & KEBAKARAN

Kemalangan berantai, empat pemandu terselamat

Utusan Sarawak 2 months ago

Kesemua mangsa berjaya mengeluarkan diri dari kenderaan setibanya pasukan bomba di lokasi. Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dikejarkan ke lokasi setelah pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.32 pagi.

KUCHING: Empat pemandu dari empat kenderaan bernasib baik apabila terselamat setelah terlibat dalam kemalangan berantai di lampu isyarat Batu 11, Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pegawai Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kesemua mangsa berjaya mengeluarkan diri dari kenderaan setibanya pasukan bomba di lokasi.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dikejarkan ke lokasi setelah pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.32 pagi.

“Komander operasi maklum kemalangan berantai melibatkan 4 buah kenderaan jenis Perodua Ativa, Toyota Fortuner, Perodua Viva dan Proton Waja.

“Terdapat dua mangsa dari Perodua Viva mengadu sakit dada dan telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” menurutnya.

Sementara itu, PGO memaklumkan mangsa dari kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan bomba berangkat balik ke balai setelah membuat kerja-kerja ‘flushing’ di kawasan kemalangan.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Hasrat hantar barang tidak kesampaian
Next: Lelaki maut dipercayai terjatuh dari pangsapuri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.