Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Malaysia perlu benarkan visa ketibaan semua negara kekal kompetitif – Tiong
  • NASIONAL

Malaysia perlu benarkan visa ketibaan semua negara kekal kompetitif – Tiong

Utusan Sarawak 2 months ago

Memandangkan industri pelancongan negara masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik Covid-19, Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara bagi membolehkan ia kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, memandangkan industri pelancongan negara masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik Covid-19, Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.

Selain itu, Tiong percaya pihak berkuasa Malaysia mampu menangani lonjakan penumpang serta mengekalkan ketenteraman di pintu masuk di seluruh negara dan tidak lagi menggunakan isu keselamatan sebagai alasan untuk menghalang ketibaan pelancong.

“Ia memberikan imej yang salah mengenai negara dan sistem kita apabila tidak bersedia untuk menyambut ketibaan semula pelancong secara besar-besaran ke Malaysia.

“Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk segera meneliti langkah memperluas visa ketibaan kepada semua negara terutama China dan India bagi mengelakkan kita daripada kehilangan daya saing di rantau ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai ucaptama beliau di Forum Pelancongan ASEAN 2023.

Tiong juga berkata perubahan dalam dasar dan mekanisme Imigresen ketika ini hendaklah dilakukan secara serentak dengan adaptasi serta penyesuaian kepada produk dan perkhidmatan pelancongan tempatan berdasarkan realiti baharu pasaran.

Promosi bersama pelbagai destinasi pada harga pakej pelancongan tunggal yang beliau percaya mampu merangsang daya tarikan industri pelancongan di rantau ini secara keseluruhan telah dibincangkan dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Pelancongan Indonesia dan Menteri Negara Singapura. – Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Malaysia – Brunei perkukuhkan komitmen kerjasama pertahanan – MINDEF
Next: Masjid seluruh negara disaran ambil inisiatif bantu mangsa gempa bumi – JAKIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.