Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Pembinaan laluan pejalan kaki bernilai RM50,000 bermula esok
  • WILAYAH

Pembinaan laluan pejalan kaki bernilai RM50,000 bermula esok

Utusan Sarawak 2 months ago

PENERANGAN... Michael Tiang ketika mendengar taklimat projek pejalan kaki menuju ke Taman Selera Muhibbah.

SIBU: Projek membina laluan pejalan kaki di Taman Selera Muhibbah dengan melibatkan kos sebanyak RM50,000 akan bermula esok.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang berkata, projek tersebut bermula dari Lorong Taman Seduan 8 ke Taman Selera Muhibbah.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi DUN Pelawan. Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menjadi agensi pemantau projek tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika penyerahan projek tersebut kepada kontraktor.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, projek itu akan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

“Saya menggesa kontraktor menyiapkan pembinaan mengikut jadual dan juga memastikan ia berkualiti dan mencapai standard yang ditetapkan,” ujarnya.

Oleh AKUN GIMAN

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Gagal Kemuka Dokumen: Dua bot disita, dua tekong ditahan
Next: Dewan SJKC Tong Ah kini berwajah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.