Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Dewan SJKC Tong Ah kini berwajah baharu
  • WILAYAH

Dewan SJKC Tong Ah kini berwajah baharu

Utusan Sarawak 2 months ago

RASMI... Christopher Gira Sambang merasmikan pentas SJKC Tong Ah yang baru siap dinaik taraf.

SELANGAU: Projek menaik taraf pentas dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tong Ah, kini telah siap dilaksanakan.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin dengan kos RM150,000 akan menampung seramai 180 murid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang dalam ucapannya berkata, SJK (C) Tong Ah kini mempunyai seramai 180 murid, 140 daripada jumlah tersebut murid berbangsa Iban.

“Sekolah ini merupakan alternatif kepada murid yang mengambil mata pelajaran Bahasa Mandarin,” jelasnya pada perasmian dewan itu sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Persatuan Komuniti Kaum Cina Selangau.

Beliau menyarankan ibu bapa terutama dalam kalangan masyarakat Iban di kawasan itu (Selangau) supaya terus memberi sokongan dengan menghantar anak-anak untuk belajar di SJK (C) Tong Ah Selangau.

“Ini penting, bagi membolehkan anak-anak mereka belajar serta berpeluang menguasai bahasa Mandarin,” ujarnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta, Ahli Dewan Negara Senator Rita Insol, Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Oleh AKUN GIMAN

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Pembinaan laluan pejalan kaki bernilai RM50,000 bermula esok
Next: Ular tedung hitam ‘tumpang’ tandas awal pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.