Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Ular tedung hitam ‘tumpang’ tandas awal pagi
  • WILAYAH

Ular tedung hitam ‘tumpang’ tandas awal pagi

Utusan Sarawak 2 months ago

BISA... Dua anggota APM yang berjaya menangkap ular tedung hitam yang bersembunyi di dalam tandas di Lot. 5951 Lorong Belian 4G Vista Perdana di sini, semalam.

MIRI: Seorang wanita terperanjat melihat gelagat seekor ular ketika hendak menggunakan tandas di kediamannya.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Miri, kejadian menangkap ular itu di alamat Lot. 5951 Lorong Belian 4G Vista Perdana di sini, semalam.

Katanya, Skuad Charlie yang diketuai Kpl. (PA) Mohd Azhar Anuar bersama dua anggota telah bergegas ke lokasi untuk membantu.

“Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri terima panggilan khidmat menangkap ular sekitar 5.55 pagi dan terus ke lokasi 6.10 pagi.

“Tiba di lokasi, Skuad Charlie menemui pengadu merupakan seorang perempuan berumur 38 tahun yang terlihat ular semasa ingin menggunakan tandas.

“Anggota terus meninjau lokasi yang dan menemui seekor ular tedung hitam bersembunyi di dalam tandas,” jelasnya.

Tambahnya, Skuad Charlie telah berjaya menangkap seekor ular tedung hitam sepanjang setengah meter menggunakan peralatan khas.

Oleh Adum Liu

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Dewan SJKC Tong Ah kini berwajah baharu
Next: 132 kanak-kanak diraikan pada Hari Apresiasi Taska, Tabika Kemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.