Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Kontraktor Bumiputera, bukan Bumiputera digesa bekerjasama
  • TEMPATAN

Kontraktor Bumiputera, bukan Bumiputera digesa bekerjasama

Utusan Sarawak 2 months ago

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tetamu kehormat yang lain merakam gambar bersama para peserta pada Seminar Inisiatif Baharu Meningkatkan Industri Pembinaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bekerjasama unutk melaksanakan projek Kerajaan Sarawak.

Katanya, Sarawak secara keseluruhannya perlu melaksanakan projek pembangunan terutamanya apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kini diiktiraf sebagai jabatan teknikal oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya memperjuangkannya (jabatan teknikal). Kini, Kerajaan Persekutuan memberi Sarawak kuasa untuk melaksanakan projek di bawah RM50 juta.

“Saya mohon penurunan kuasa, kita dapat. Tetapi sekarang, saya harap pelaksanaannya ada,” katanya ketika merasmikan Seminar Inisiatif Baharu Meningkatkan Industri Pembinaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kontraktor tempatan supaya bertanggungjawab dan tidak meninggalkan projek yang diberikan kepada mereka apabila menghadapi masalah.

“Sebab itu saya perlukan kita semua bekerjasama terutama kontraktor Bumiputera yang diberi kerja. Tolong buat.

“Cuba buat simulasi projek itu sendiri supaya anda tahu cara mengurus projek dan melaksanakan projek itu.

“Kalau terpaksa bekerjasama dengan kontraktor bukan Bumiputera, bekerjasama. Jangan putus asa sahaja. Jangan lepas tangan terus. Bekerjasama dengan orang lain,” katanya.


Oleh NUR AIN OTSMAN

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: SeDidik jalin tiga kolaborasi lahirkan guru berkualiti
Next: Tiada tolak ansur terhadap kontraktor degil, tidak cekap – Abang Jo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.