Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • 132 kanak-kanak diraikan pada Hari Apresiasi Taska, Tabika Kemas
  • WILAYAH

132 kanak-kanak diraikan pada Hari Apresiasi Taska, Tabika Kemas

Utusan Sarawak 2 months ago

TERAPKAN BUDAYA KECEMERLANGAN... Paulus (empat, kiri) dan sebahagian kanak-kanak Tadika Kemas merakam gambar kenangan bersama guru dan kenamaan tempatan.

LIMBANG: Seramai 132 kanak-kanak menerima sijil dan 30 daripadanya menerima anugerah kanak-kanak cemerlang pada Hari Apresiasi Taska/ Tabika Kemas Peringkat Parlimen Limbang Tahun 2022 Di Dewan Suarah Limbang , hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, kerajaan amat menekankan pentingnya pendidikan awal kanak-kanak kerana mereka mempunyai potensi diri untuk dikembangkan sejajar dengan peranan mereka sebagai pelapis kepimpinan negara suatu hari kelak.

“KEMAS sentiasa bersemangat dalam apa jua program dengan menyampaikan ilmu pengetahuan berbentuk pendidikan awal kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat tidak kira walaupun di mana jua mereka berada,” katanya pada Hari Apresiasi Taska/ Tabika Kemas Peringkat Parlimen Limbang Tahun 2022 Di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Paulus berkata, bimbingan dan asuhan awal kanak-kanak penting dalam melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Tambahnya lagi, oleh itu, guru-guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu terus memainkan peranan dalam mendedahkan pendidikan awal kepada kanak-kanak, mendidik dan mengasah bakat kanak-kanak terutamanya di peringkat awal usia.

Sebanyak 29 kelas tabika dan sebuah kelas taska di Parlimen Limbang menyertai program itu.

Hari Apresiasi Taska/ Tabika Kemas menurutnya mengalakkan persaingan sihat di antara kanak-kanak didalam bidang, bukan saja bidang akademik malahan juga di bidang kokurikulum, ia juga akan mendorong penglibatan aktif kanak-kanak di dalam aktiviti kokurikulum di dalam pelbagai peringkat.
“Program ini juga mampu menerapkan budaya kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum serta sahsiah diri kanak-kanak supaya lebih yakin dan berdaya saing,”ujarnya.

Turut sama ialah Pegawai Kemas Bahagian Mohd Khairul Amree Abdul Rahman, Wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi.

Oleh ADENG EDRUS

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Ular tedung hitam ‘tumpang’ tandas awal pagi
Next: Suasana rumah ibadah kaum Cina Kampung Pelapi kembali meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.