Tidak dibenar hantar bantuan secara terus

PUTRAJAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenar menghantar bantuan secara terus kepada penerima bagi mengelak mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas ketidakpuasan hati pihak NGO terhadap keputusan agar bantuan dihantar ke pusat pengumpulan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Menteri Pertahanan itu berkata, keputusan tersebut diambil setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan untuk menjaga keselamatan ahli NGO yang terlibat.

“Jika mereka hantar sendiri kepada penerima yang mereka sendiri
tidak tahu penerima itu bersih daripada Covid-19 atau tidak, kita bimbang jika ada dalam kalangan NGO yang dijangkiti dan akhirnya merebak kepada ahli lain dan keluarga mereka.

“Walaupun mereka ingin menyumbang tetapi kita mesti jaga kepentingan kesihatan mereka dan nyawa mereka,” katanya dalam sidang akhbar se- lepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini semalam. Bagaimanapun, beliau berkata, ke- rajaan sedia mendengar pandangan NGO terbabit dan akan berbincang mengenai kaedah terbaik bagi menye- lesaikan isu itu.

Mengulas mengenai penularan berita palsu, Ismail Sabri meminta rakyat agar hanya mendengar maklumat dari sumber yang betul.

“Masih banyak berita palsu dan ia kini bukan hanya secara individu,” katanya. Menyebut sebuah portal (The Edge Market) sebagai contoh yang menyenaraikan kawasan yang akan di dike- nakan sekatan keluar dan masuk, Ismail Sabri menyatakan ia adalah be- rita palsu.

“Saya tak pernah buat kenyataan itu kepada media itu dan kenyataan hanya diberikan kepada beberapa media rasmi. Jika keluar daripada bukan media rasmi, ia adalah berita palsu,” katanya. — Bernama