Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Ned Price letak jawatan – Blinken
  • GLOBAL

Ned Price letak jawatan – Blinken

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Jurucakap Jabatan Negara Ned Price

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dalam satu kenyataan berkata Jurucakap Jabatan Negara Ned Price akan meletak jawatan akhir bulan ini selepas mengendalikan lebih 200 taklimat media sejak 2021.

“Bulan ini, Ned Price akan meletak jawatan sebagai Jurucakap Jabatan Negara.

“Sepanjang lebih 200 taklimat sejak (20 Jan 2021), beliau melayan wartawan – serta rakan sekerja dan orang lain yang berinteraksi dengannya – dengan hormat,” menurut kenyataan itu pada Selasa. 

“Secara peribadi, saya sentiasa mendapat manfaat daripada pendapatnya, begitu juga ramai anggota Jabatan,” kata Blinken dalam kenyataan itu. 

Terdahulu, Sputnik memetik laporan NBC News bahawa Price akan meletak jawatan berkuat kuasa 17 Mac dan dijangka dilantik jawatan baharu di bawah pentadbiran Blinken.

Price sebelum ini berkhidmat sebagai jurucakap CIA dan Majlis Keselamatan Negara di bawah bekas Presiden Barack Obama.

“Pengetahuan mendalam” Price terhadap dasar Jabatan Negara menjadikannya seorang jurucakap yang berkesan, kata Blinken.

Timbalan Jurucakap Utama Jabatan Negara semasa Vedant Patel akan mengambil alih tugas Price, akan tetapi pengganti tetap jawatan itu masih belum diumumkan, menurut laporan itu. – Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Mahkamah Pakistan gantung waran tangkap terhadap Imran Khan
Next: Ketua PBB, Presiden Ukraine gesa inisiatif bijirin laut hitam dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.