Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Ketua PBB, Presiden Ukraine gesa inisiatif bijirin laut hitam dilanjutkan
  • GLOBAL

Ketua PBB, Presiden Ukraine gesa inisiatif bijirin laut hitam dilanjutkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pada 22 Julai 2022, Turkiye, PBB, Rusia, dan Ukraine menandatangani perjanjian di Istanbul untuk menyambung semula eksport bijirin Laut Hitam, bagi memastikan bekalan ke pasaran global di tengah-tengah konflik bersenjata Rusia-Ukraine.

KIEV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Rabu menggesa Inisiatif Bijirin Laut Hitam yang bakal tamat pada 18 Mac dilanjutkan, Xinhua memetik Interfax – agensi berita Ukraine.

Bercakap selepas mengadakan pertemuan dengan Guterres di Kiev, Zelensky menekankan kepentingan inisiatif untuk keselamatan makanan global.

“Kesinambungan Inisiatif Bijirin Laut Hitam selepas 18 Mac amat diperlukan buat seluruh dunia,” kata Zelensky.

Sementara itu, Guterres berkata bahawa kira-kira 23 juta tan bijirin telah dieksport di bawah inisiatif itu dan membantu menurunkan harga makanan global.

“Saya ingin menegaskan bahawa betapa pentingnya Inisiatif Bijirin Laut Hitam diteruskan,” kata Guterres.

Pada 22 Julai 2022, Turkiye, PBB, Rusia, dan Ukraine menandatangani perjanjian di Istanbul untuk menyambung semula eksport bijirin Laut Hitam, bagi memastikan bekalan ke pasaran global di tengah-tengah konflik bersenjata Rusia-Ukraine.

Perjanjian itu tamat tempoh pada 19 November 2022, telah dilanjutkan selama 120 hari lagi. Guterres berulang kali meminta perjanjian itu dilanjutkan. – Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Ned Price letak jawatan – Blinken
Next: Negara Teluk kini boleh mohon eVisa pelancong Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.