Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Kolaboratif SUHAKAM bantu perhalusi isu kewarganegaraan
  • TEMPATAN

Kolaboratif SUHAKAM bantu perhalusi isu kewarganegaraan

Utusan Sarawak 2 weeks ago

KENANGAN... Dato Sri Fatimah mengalu-alukan Lawatan Rasmi Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dr John Chew ke Jabatan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

KUCHING: Menyuarakan tentang kepentingan menangani isu status kewarganegaraan rakyat di negeri ini mendorong kerjasama antara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) hari ini.

   
Menurut Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah, selain Kementerian Dalam Negeri (KDN) kolaboratif bersama SUHAKAM akan memberi sinar baharu kepada golongan ini kerana yang telah terkesan daripada aspek pekerjaan, pendaftaran dan persekolahan.

“Walaupun jumlah yang terkesan masih banyak, usaha ini jauh lebih baik, lebih jelas dan berlangsung dengan lebih cepat berbanding proses-proses pada tahun sebelum ini

“Status kewarganegaraan dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa merupakan antara isu utama yang amat dititikberatkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat dan kunjungan hormat dari SUHAKAM pada Isnin.

Terdahulu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Dr John Chew Chee Ming menekankan isu status kewarganegaraan di Sarawak merupakan fokus utama pihaknya ketika ini.

“Buat masa ini, kami akan fokus untuk mengatasi isu kewarganegaraan dan kesukaran daripada segi pentadbiran berkaitan dengan isu tersebut bagi membantu golongan dan individu yang terkesan,” jelasnya.

Oleh AzreenKeria


About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Taman awam sekitar MBKS dibuka semula kepada orang awam
Next: Projek perintis rumah guna tenaga solar di Samariang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.