Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Ujian kereta terbang berpemandu pertama di Jepun
  • GLOBAL

Ujian kereta terbang berpemandu pertama di Jepun

Utusan Sarawak 2 weeks ago

Kereta terbang LIFT Aircraft diuji di Osaka. Foto AFP

Osaka: Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa.

Kereta terbang satu tempat duduk buatan Lift Aircraft Inc dari Amerika Syarikat itu terbang selama kira-kira 10 minit.

Semasa penerbangan, ia berlegar kira-kira 8 meter di atas tanah dan kemudian dipandu berpusing-pusing, menurut Jiji Press.

Syarikat perdagangan Jepun Marubeni Corp menjalankan ujian penerbangan itu di padang besbol di Osaka Castle Park dengan kerjasama kerajaan bandar dan wilayah Osaka.

Kereta terbang dijangka digunakan secara komersial pada Ekspo Osaka 2025, katanya.

Selepas pendaratan, Masatoshi Kumagai, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif firma teknologi maklumat utama Jepun GMO Internet Group Inc. memberitahu pemberita bahawa kereta terbang “akan menjadikan impian manusia sebagai kenyataan.”

“Saya berharap (kereta terbang) akan digunakan secara praktikal di Ekspo dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Marubeni dipilih sebagai operator kereta terbang bersama syarikat lain termasuk syarikat penerbangan ANA Holdings Inc dan Japan Airlines.

Penerbangan ujian luar itu akan menyediakan data mengenai tahap bunyi dan kesan angin pada laluan penerbangan yang menghubungkan tapak acara dan parkir kereta terbang di luar bandar raya, selain menimbang langkah-langkah keselamatan, katanya. – Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: China mula lulus visa kemasukan warga asing
Next: Poland anggota NATO pertama hantar jet pejuang ke Ukraine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.