Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Remaja Prihatin Kolej Vokasional Matang
  • STAIL

Remaja Prihatin Kolej Vokasional Matang

Utusan Sarawak 1 week ago

Bergotong-royong di Taman Botani Kuching Family Park.

Bergotong-royong bersama komuniti Kuching Family Park

Sebilangan besar remaja hari ini kurang melibatkan diri dengan masyarakat kerana sibuk dengan aktiviti diri sendiri, selain tidak melihat tentang kepentingan untuk berbakti kepada komuniti atau merapatkan diri dengan komuniti.

Menyedari kepincangan yang semakin ketara dalam kalangan remaja ini, Kolej Vokasional Matang pada 11 Mac lalu menganjurkan Program Gotong Royong Remaja Prihatin bersama komuniti Kejiranan Mesra Kuching Family Park (KFP).

Seramai 217 pelajar dan tujuh pensyarah bersama 50 warga KFP berganding bahu untuk mengutip sampah, membersihkan taman botani dan Masjid Ar-Rahman di dalam gotong-royong berkenaan.

PENGERUSI KRT Kuching Family Park (dua, kanan) Yul Haidzir Razali Bujang menyerahkan cenderamata kepada wakil dari Kolej Vokasional Matang, Ustaz Abdul Rahman Abad.

Selain itu, program sampingan turut diadakan seperti zumba serta pameran peluang pekerjaan, pameran peluang pekerjaan, pameran sukan, simulasi dan lain-lain lagi

bagi  menambah kemeriahan aktiviti.

Hujan lebat sepanjang hari berkenaan tidak melemahkan semangat semua remaja terlibat untuk mencapai sasaran program berkenaan.  Malah mereka tetap bersemangat untuk meneruskan kerja meskipun terpaksa bermandi hujan sehingga tugasan selesai dengan jayanya.

Menurut jurucakap dari Kolej Vokasional Kuching, program ini melibatkan para Pelajar Diploma Vokasional Tahun 1 Semester 2 untuk melengkapkan Projek PB bagi Subjek Khidmat Komuniti MPU2412.

Hujan tidak menghalang para remaja ini meneruskan aktiviti gotong-royong.

Melalui program ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada semua pelajar agar memanfaatkan sebahagian daripada masa mereka untuk berbakti kepada komuniti, tidak kira di mana mereka berada.

Selain itu, ia juga dapat memupuk silaturahim di antara pihak kolej bersama komuniti KFP bagi memudahkan lagi penganjuran aktiviti lain pada masa akan datang.  Peluang berkenaan juga memberi kesempatan kepada para remaja untuk mendekatkan diri dengan warga lebih berusia untuk memupuk rasa hormat dan persefahaman yang lebih baik.

Oleh HAINI DARANI

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Beramal dengan sayuran hidroponik
Next: Minda kreatif hasilkan  kek ‘Tikai Bemban’ !

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.