Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Tze Yong cipta kejutan singkir pemain nombor satu dunia
  • NASIONAL

Tze Yong cipta kejutan singkir pemain nombor satu dunia

Utusan Sarawak 1 week ago

Reaksi Ng Tze Yong selepas menewaskan juara bertahan Seluruh England, Viktor Axelsen untuk layak ke suku akhir di Birmingham.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara All England, Viktor Axelsen pada saingan pusingan kedua di Birmingham, malam tadi.

Pertembungan sulung dengan jaguh dunia dari Denmark di Utilita Arena itu, menyaksikan Tze Yong menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 21-15.

Bagaimanapun, Axelsen, tidak gusar dengan kekalahan set pertama itu dan menggunakan pengalaman beliau untuk bangkit semula di set kedua dengan kemenangan 21-9, sekali gus mengheret perebutan slot suku akhir ke rubber set.

Pada set penentuan, Tze Yong, 22, mengekalkan rentak permainan dan kekal tenang di sebalik tekanan Alexsen yang cuba bangkit pada penghujung permainan, namun pemain negara itu mampu bertahan dengan kemenangan 23-21.

Tze Yong seterusnya dijadual bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam pusingan suku akhir hari ini.

– Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Lebih 700 kekosongan jawatan APMM perlu diisi
Next: Cagar wang caruman buat pinjaman bank tidak bercanggah akta KWSP – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.