Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Lagenda rock Tina Turner meninggal dunia
  • HIBURAN

Lagenda rock Tina Turner meninggal dunia

Utusan Sarawak 2 weeks ago
Turner dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kusnacht, Zurich, Switzerland, akibat penyakit yang lama dideritai, semalam. Foto IG Tina Turner

NEW YORK: Penyanyi legenda rock, Tina Turner, 83, yang terkenal dengan lagu What’s Love Got to Do With It, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kusnacht, Zurich, Switzerland, akibat penyakit yang lama dideritai, semalam.

Berita sedih itu dikongsi pengurusnya kepada media dengan mengatakan pada 2016, mendiang Turner dilaporkan menghidap kanser usus dan menjalani pemindahan ginjal atau buah pinggang pada 2017.

Sementara itu, majlis pengebumian mendiang Turner sedang diuruskan.

Jurucakap mendiang berkata, majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat Turner.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai tarikh dan lokasi upacara itu diadakan tidak didedahkan.

“Dengan rasa sedih, kami mengumumkan pemergian Tina Turner,” menurut kenyataan di laman Instagram rasmi pemenang Grammy lapan kali itu.

Banyak lagu dirakam mendiang Turner menduduki senarai lagu hit seperti Typical Male, The Best, Private Dancer dan Better Be Good To Me.
Foto IG Tina Turner

Kenyataan yang sama berkata, muzik dan semangat beliau tidak pernah luntur memikat jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang rock  masa depan.

“Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi. Beliau meninggalkan kami dan semua karya terbaik termasuk muziknya.

“Tina, kami akan merindui awak sayang.”

Laporan media berkata penyanyi itu meninggal dunia di Switzerland tempat beliau menetap selama ini. – AFP

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Juara Dara Kenyalang milik Steffy Sharon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.