Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Lima diberkas terlibat kes samun
  • JENAYAH & MAHKAMAH

Lima diberkas terlibat kes samun

Utusan Sarawak 4 months ago
Suspek yang ditahan polis untuk membantu siasatan membabitkan seorang remaja lelaki di Jalan Kuching-Serian berhampiran Kampung Lintang di sini pada Isnin lalu.

SERIAN:  Empat lelaki dan seorang remaja perempuan ditahan polis bagi membantu siasatan membabitkan seorang remaja lelaki di Jalan Kuching-Serian berhampiran Kampung Lintang di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, mangsa berusia 19 tahun dipercayai diumpan dengan urusan jual beli gelang perak sebelum disamun, tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada Isnin lalu selepas disamun suspek sekitar 4.50 petang.

“Pada mulanya, mangsa dihubungi oleh teman wanita salah seorang suspek mengajaknya berjumpa untuk urusan jual beli gelang perak.

“Mangsa yang dalam perjalanan ke lokasi dijanjikan ditahan empat lelaki menaiki sebuah kereta tanpa nombor pendaftaran.

“Pada ketika ditahan, telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM550, rantai dan gelang perak yang dipakai mangsa dirampas oleh empat suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Aswandy berkata, kesemua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 22 hingga 29 tahun manakala remaja perempuan 17 tahun.

“Turut dirampas, sebuah kereta yang digunakan suspek dan telefon bimbit milik mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan kes samun.

“Pada masa sama, saringan air kencing suspek juga mendapati mereka positif dadah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan.

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Pesara rugi RM449,200 ditipu individu menyamar kakitangan ‘SKMM’, ‘polis’
Next: Geng terbabit 11 kes samun ragut tumpas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.