MDS Serian lakukan kerja pembersihan

ALEXANDRA LORNA

SERIAN: Petugas Majlis Daerah Serian (MDS) melakukan kerja pembersihan dan nyahkuman di kawasan Pasar Tamu Serian, Pasar Tamu Balai Ringin dan Pasar Tamu Siburan pada Ahad lalu.

Ketiga-tiga Pasar Tamu tersebut dibenarkan beroperasi dan dibuka bermula semalam, 30 Mac 2020 (Isnin) bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang setiap hari.

MDS dengan bantuan anggota polis dari IPD Serian, IPD Padawan dan RELA akan bertugas sepanjang waktu tersebut bagi memastikan peniaga dan pembeli mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak MDS juga akan memastikan peniaga dan pembeli memakai penutup hidung dan mulut, menjaga jarak sosial semasa membeli dan penggunaan pencuci tangan semasa masuk dab keluar dari pusat penjaja dan pasar tamu tersebut.

Bagi Pasar Tamu Serian, hanya 20 orang sahaja dibenarkan untuk melakukan pembelian dalam satu tempoh masa iaitu seorang hanya dibenarkan membeli dalam masa 15 minit

Pembeli dimohon untuk masuk dan keluar mengikut petunjuk arah yang disediakan.

Manakala, bagi Pasar Tamu Balai Ringin dan Pasar Tamu Siburanh pula, hanya 10 orang sahaja dibenarkan membuat pembelian dalam satu masa.

Seorang pembeli hanya dibenarkan membeli dalam masa 10 minit.