Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • 16,000 penyokong serbu stadium
  • SUKAN

16,000 penyokong serbu stadium

Utusan Sarawak 3 years ago

Police officers stand as Red Star supporters cheer during the Serbian Cup semi-final football match between FK Partizan Belgrade and Red Star Belgrade (FK Crvena Zvezda) at the Partizan Stadium in Belgrade on June 10, 2020, as authorities allowed public gatherings and sports events resume in the country after being suspended in March with lockdown measures imposed to curb the spread of the COVID-19 pandemic, caused by the novel coronavirus. (Photo by Oliver BUNIC / AFP)

PEGAWAI polis berdiri ketika penyokong Red Star bersorak semasa perlawanan separuh akhir Piala Serbia antara Partizan Belgrade dan Red Star Belgrade di Stadium Partizan di Belgrade pada 11 Jun lalu. Pihak berkuasa membenarkan perhimpunan awam dan acara sukan disambung semula selepas ditangguhkan pada Mac lalu dengan langkah ‘lockdown’ dikenakan bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 . – Foto AFP

SEKITAR 16,000 penyokong hadir dalam kemenangan Partizan ke atas Red Star dalam ‘derby’ Belgrade pada Khamis lalu sebagai tanda terakhir bahawa bola sepak mula menuju ke arah normal berikutan wabak Covid-19.

Kerajaan Serbia telah melonggarkan peraturan ‘lockdown’ dan awal bulan ini mengumumkan bahawa perjumpaan terbuka dengan jumlah orang yang tidak terhad akan dibenarkan.

Namun liputan daripada saluran televisyen RTS nampaknya menunjukkan sedikit petunjuk garis panduan kesihatan yang berlaku ketika Partizan menewaskan musuh ketat Red Star 1-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Serbia.

Hungary menjadi negara Eropah pertama yang membuka semula stadium kepada penyokong dua minggu lalu walaupun dengan kapasiti yang sangat rendah kerana peraturan penjarakan sosial.

Belarus adalah pengecualian selama wabak itu dengan negara tidak pernah menutup stadium atau menghentikan bola sepak sementara sebahagian besar Eropah berada dalam keadaan ‘lockdown’.

Bola sepak liga Serbia disambung semula pada 29 Mei, pada awalnya tanpa kehadiran penonton sebelum kerajaan mengurangkan sekatan. – AFP

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Haaland legakan Dortmund
Next: Briggs sedia bertarung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.