Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Kembali ceriakan kampung
  • TEMPATAN

Kembali ceriakan kampung

Utusan Sarawak 3 years ago
GOTONG-ROYONG… Kelihatan penduduk Kampung Dato Laut Haji Bayan, bergotong-royong membersih dan mengindahkan semula kampung mereka.

LAWAS: Setelah hampir tiga bulan dibiarkan, akhirnya keinginan hati untuk kembali semula bagi menghiasi keindahan dan persekitaran kampung, terlaksana.

Kebiasaannya, aktiviti gotong-royong dan program keceriaan diadakan dua kali sebulan, sepanjang tahun.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, segalanya tergendala. Kini, dengan mengamalkan norma baharu, penduduk Kampung Dato Laut Haji Bayan, mulai bergotong-royong membersih dan mengindahkan semula kampung mereka.

Menurut Ketua Kampung Alijin Jaludin, ia dianjurkan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Keceriaan dan penduduk kampung sendiri.

Pada permulaan PKP, keadaan di kampung amatlah sunyi dan tiada satu aktiviti keindahan dilakukan, sehingga ada yang menyebabkan tanaman mati.

Selain itu, aktiviti sama turut diadakan mengikut isu semasa seperti Hari Sarawak Merdeka, Hari Kebangsaan atau perayaan.

Ia juga, katanya, sejajar dengan pertandingan keceriaan anjuran Majlis Daerah Lawas (MDL), sekali gus mengeratkan tali silaturahim dalam kalangan penduduk.

Oleh Awang Kushairy Junaidi

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Bantu graduan aktif dalam pertanian
Next: 50 jemaah solat patuhi SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.