Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • KDN kenal pasti 37 titik pendaratan PATI di Sabah
  • NASIONAL

KDN kenal pasti 37 titik pendaratan PATI di Sabah

Utusan Sarawak 3 years ago

KOTA KINABALU, 14 Jun -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu semalam. — Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti sebanyak 37 titik pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah membabitkan 10 daerah di negeri ini, kata Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, titik pendaratan PATI itu dikenal pasti dalam Op Benteng Covid -19 yang diaktifkan di Sabah pada 21 Mac lepas.

Kesemua titik pendaratan itu membabitkan 11 kawasan di Sandakan; Lahad Datu (lima); masing-masing empat kawasan di Tawau, Kudat dan Beluran; Kunak (tiga); dua kawasan di Kota Marudu dan Kinabatangan; serta satu kawasan di Semporna dan Pitas.

“Operasi berkenaan dilaksanakan secara bersepadu dalam ‘National Task Force’ pada April lepas bersama agensi lain diketuai Panglima Angkatan Tentera Malaysia, yang bertujuan menyekat kemasukan PATI dengan memperkukuh kawalan sempadan negara bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

“Kawalan sempadan ini dilakukan di dua tempat iaitu di sempadan daratan – lorong tikus dan lokasi-lokasi lain yang menjadi tempat pendaratan PATI,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, 14 projek pembangunan fizikal di Sabah yang juga projek kategori sambungan daripada Pelan Pusingan terdahulu dengan kos RM1 bilion dan kesemua projek terbabit dalam pelbagai fasa pembinaan.

Beliau berkata, ini adalah selari dengan inisiatif KDN yang memberi fokus kepada kerja-kerja naiktaraf, ubah suai dan pembaikan premis serta fasiliti sedia ada, dan menurutnya, RM12,996,570 diperuntukkan bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan fasiliti Polis Diraja Malaysia di Sabah merangkumi pembaikan kuarters, pejabat serta stor.

Pada April lepas, Hamzah berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan peruntukan RM150 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin bagi kerja naik taraf semua agensi di bawah KDN, dan daripada jumlah itu, RM31,081,499 diperuntukkan kepada agensi di Sabah, katanya.

Mengenai lawatan kerja tiga hari ke Sabah, Hamzah memulakan lawatannya pada Jumaat dengan melawat tapak projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu sebelum ke Tawau bagi meninjau pengoperasian Op Benteng dan sempadan Malaysia-Indonesia di Sungai Melayu, Wallace Bay di Pulau Sebatik dan Burs Point di Pulau Tamba, Kalabakan.

Pada semalam, Hamzah diberikan taklimat mengenai pengoperasain PTS dan isu-isu berkaitan imigresen di Sabah sebelum mengakhiri lawatan kerjanya dengan meninjau tapak projek Balai Polis dan Perumahan Inanam. — Bernama

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: KKMM siap siaga jika kempen secara dalam talian
Next: Malaysia diiktiraf lima negara terbaik di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.