Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • PGPB santuni 242 warga emas
  • TEMPATAN

PGPB santuni 242 warga emas

Utusan Sarawak 3 years ago
TERIMA KASIH… Raduan (dua kanan) menyerahkan sumbangan kek lapis kepada salah seorang penerima di Pulau Bruit semalam.

PULAU BRUIT (DARO): Pertubuhan Graduan Pulau Bruit (PGPB) menyantuni seramai 242 warga emas dan asnaf dari empat buah kampung di kawasan terbabit dengan menyumbang kek lapis.

Empat buah kampung tersebut ialah Kampung Sebako, Kampung Sedi, Kampung Semop dan Kampung Betanak.

Setiausaha PGPB, Raduan Serap berkata, aktiviti itu merupakan kesinambungan program Infaq Ramadan Al-Mubarak lepas.

“Program ini merupakan kali pertama dianjurkan kerana tidak ada program Ziarah Aidilfitri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tempoh hari,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Beliau yang mengetuai program tersebut berkata, penganjurannya bertujuan memperkenalkan PGPB kepada seluruh penduduk Pulau Bruit, selain mengeratkan hubungan silaturahim  di kalangan ahli pertubuhan dengan penduduk.

“Penganjuran program tersebut juga antara lain untuk memupuk semangat membantu dalam kalangan Graduan Pulau Bruit,” ujarnya sambil berharap penduduk Pulau yang berjaya dalam kerjaya boleh terus membantu.

Penganjuran program tersebut turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pulau Bruit dan pelatih kursus perkapalan yang sedang menunggu panggilan latihan amali.

Penglibatan belia dalam program kebajikan dan sukarela merupakan antara agenda PGPB.

Oleh Akun Giman

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: 50 jemaah solat patuhi SOP
Next: Beri kelegaan pada peniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.