Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • RELA Sebauh pergiatkan lagi rondaan
  • TEMPATAN

RELA Sebauh pergiatkan lagi rondaan

Utusan Sarawak 3 years ago
TERKAWAL… Ketua RELA Sebauh, Abu Samah (tengah) ketika bersama anggotanya melawat SK Sungai Sebungan Sebauh semalam.

BEKENU: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Sebauh terus pergiat dan ketatkan rondaan di sungai pada penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020 ini.

Pegawai RELA Daerah Sebauh, William Vincent ketika dihubungi semalam berkata, anggota RELA di sini akan meneruskan perondaan di Daerah Sebauh.

“Rondaan oleh anggota RELA adalah sama pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu pada siang dan malam.

“Semalam kita lakukan rondaan di sungai menggunakan sebuah bot di dan melawati rumah yang terletak di tebingan sungai”, jelasnya.

Tambahnya, anggota rondaan adalah diketuai oleh Ketua Perhubungan RELA Kawasan Daerah Sebauh, Abu Samah Abdullah.

“Selain itu, kita juga meronda dan menemui pengawal keselamatan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung San, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sebungan, SK Sebauh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh,” jelasnya.

Sejak PKPP pada 10 Jun lepas sehingga setakat ini, keadaan di Daerah Sebauh adalah terkawal.

Rondaan berterusan yang diperketatkan ini adalah untuk mengekalkan Daerah Sebauh dalam zon hijau, katanya.

Justeru, kesungguhan anggota RELA sebagai barisan hadapan yang bertanggungjawab menjalankan tugas mengawal penularan wabak Covid-19 di Daerah Sebauh.

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Rancangan mitigasi banjir bernilai RM25 juta
Next: Dihantar pulang hujung bulan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.