13,500 liter diesel dirampas

DITAHAN…Pasukan Polis Marin menahan sebuah lori tangki.

BINTULU: oleh pasukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu telah berjaya merampas 13,500 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM23,895 dalam operasi Op Landai yang dijalankan baru-baru ini.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata, turut dirampas ialah sebuah lori tangki bersama seorang pemandu berusia lingkungan 50 tahun yang membawa muatan terbabit untuk membantu sisatan dalam operasi yang dijalankan di Batu 60 Jalan Bintulu-Miri.

“Semasa pemeriksaan dijalankan telah mendapati pemilik atau penjaga gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran dari pihak KPDNHEP,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, rampasan tersebut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki atau menyimpan barang kawalan tanpa permit atau tanpa lesen atau tanpa kebenaran khas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Pemerikasaan ke atas lori tersebut dilakukan oleh seorang pegawai dan tiga anggota Unit Risikan Marin sekitar 11.00 pagi,” katanya.

Sementara itu katanya, kes tersebut telah dirujuk dan diserahkan kepada KPDNHEP Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut.

Oleh Ellie Edward