Kerana BPN, orang ramai ingkar arahan PKP

BATU NIAH : Ramai penduduk luar bandar keluar ke pekan untuk mengeluarkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan masuk ke akaun penerima semalam.

Tinjauan Utusan Sarawak di sebuah bank di pekan Batu Niah mendapati orang ramai telah berbaris panjang sejak jam 9 pagi lagi.

Lebih menyedihkan apabila mereka tidak mematuhi arahan penjarakkan sosial di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semata-mata untuk mendapat ruang ke mesin pengeluaran wang.

Seorang awam yang enggan dikenali ketika diminta mengulas perkara ini berkata hal ini tidak seharusnya berlaku dan  orang ramai tidak perlu bergegas mendapatkan bantuan itu demi keselamatan sendiri ekoran menularnya wabak Covid-19 ketika ini.

“Mereka yang sudah menerima pesanan ringkas tentang kelulusan BPN tidak perlu berebut hingga berbaris panjang ke bank,” katanya.

Keadaan serupa tuut berlaku mesin wang di RTC Bekenu pada pagi semalam.

Orang ramai seperti tidak kisah tentang penularan wabak Covid-19 serta betapa mudahnya seseorang dijangkiti.